Menggunakan Netflix dengan Pakej IndiHome
Pelanggan di Indonesia boleh mendaftar untuk pakej IndiHome yang layak dan disertakan dengan langganan Netflix.
Setelah anda membuat pendaftaran, aktifkan untuk memautkan akaun Netflix anda yang baharu atau sedia ada.
Buat pilihan berikut untuk langkah memautkan akaun Netflix anda.
Setelah mendaftar untuk pakej IndiHome yang disertakan dengan Netflix, anda akan menerima e-mel daripada Netflix dan e-mel atau mesej WhatsApp daripada IndiHome yang mengandungi pautan pengaktifan pada kedua-duanya.
Jika anda tidak menerima atau tidak dapat menemukan e-mel atau mesej WhatsApp, anda boleh menghubungi IndiHome di 147 untuk meminta pautan pengaktifan baharu.
Klik pautan untuk diubah hala ke Netflix.com.
Ikut gesaan untuk memautkan akaun Netflix anda yang sedia ada kepada pakej IndiHome anda atau cipta akaun Netflix baharu dan pautkan kepada pakej IndiHome anda.
1. Buka apl Netflix daripada kotak atas set IndiHome anda. Pastikan anda tidak melancarkan apl daripada TV Pintar atau peranti lain.
2. Ikut gesaan untuk memautkan akaun Netflix anda yang sedia ada kepada pakej IndiHome anda atau cipta akaun Netflix baharu dan pautkan kepada pakej IndiHome anda.
Perhatian:Anda mungkin perlu mendaftar keluar daripada akaun Netflix pada kotak atas set IndiHome anda untuk memulakan proses pemautan.
Jika anda memautkan akaun yang salah secara tidak sengaja, rujuk "Saya memautkan akaun Netflix yang salah kepada pakej saya secara tidak sengaja" di bawah.
Jika sebelum ini anda membayar melalui Apple dan telah mengaitkan akaun anda kepada pakej rakan kongsi sejak 25 Oktober 2021, anda juga mesti membatalkan langganan anda melalui Apple untuk mengelakkan caj akan datang daripada Apple.
Sila hubungi penyedia anda untuk mengenal pasti sama ada Netflix disertakan atau ditambahkan pada pakej anda.
Sila hubungi khidmat pelanggan dan berikan alamat e-mel untuk akaun Netflix yang tersilap dipautkan agar kami boleh membantu anda memautkan akaun Netflix yang betul kepada pakej anda.
Jika anda membatalkan pakej atau perkhidmatan anda, salah satu perkara berikut akan berlaku:
Jika anda mempunyai baki kredit atau hadiah, baki tersebut akan digunakan secara automatik selepas pakej dibatalkan dan anda boleh terus menggunakan Netflix sehingga baki anda habis digunakan.
Jika akaun Netflix anda mempunyai kaedah pembayaran yang sah (contohnya, kad kredit atau debit) dalam rekod, kami akan mengenakan caj pada kaedah pembayaran tersebut agar anda dan ahli tambahan pada akaun anda dapat terus menggunakan Netflix tanpa gangguan.
Jika akaun Netflix anda tidak mempunyai kaedah pembayaran yang sah dalam rekod, akaun anda akan ditahan. Anda boleh mendaftar masuk ke akaun Netflix anda dan menambahkan kaedah pembayaran baharu untuk terus menggunakan Netflix.
Pilihan penukaran pelan Netflix anda bergantung pada pakej anda.
Pergi ke netflix.com/account untuk menyemak sama ada anda layak, kemudian pilih pelan yang tersedia.
Anda tidak boleh membuat penurunan taraf kepada pelan yang lebih rendah berbanding pelan yang disertakan dalam pakej anda atau kepada pelan yang tidak ditawarkan oleh penyedia anda (hubungi penyedia untuk mengetahui pelan yang tersedia).
Penukaran pelan akan berkuat kuasa dengan serta-merta.
Perbezaan harga (berdasarkan harga runcit Netflix) akan ditunjukkan pada bil anda yang seterusnya.
Jika anda tidak melihat pilihan untuk menukar pelan anda, hubungi penyedia pakej anda untuk menyemak kelayakan.
Jika penukaran pelan anda ditolak oleh penyedia, anda boleh menghubungi mereka untuk mengambil tindakan selanjutnya.
Perhatian: Anda mesti menunggu 12 jam selepas menukar pelan anda untuk membuat perubahan pelan tambahan. Kelayakan penukaran pelan ditentukan oleh penyedia anda.
Setelah anda memautkan akaun anda kepada pakej ini, baki hadiah anda akan kekal dalam akaun Netflix untuk kegunaan masa akan datang. Jika anda memilih untuk membatalkan pakej anda atau membuat pembelian tambahan, maka kami akan mula menggunakan kad hadiah atau baki kredit anda.
Jika anda memperoleh Netflix sebagai sebahagian daripada pakej, anda perlu memautkan akaun Netflix anda yang sedia ada untuk menghentikan caj dikenakan pada kaedah pembayaran anda yang sebelumnya.
Jika anda belum memautkan akaun anda, ikut langkah di atas berkenaan “Bagaimanakah saya mengaktifkan Netflix?".
Jika anda telah memautkan akaun anda, anda mungkin memautkan kepada akaun Netflix yang berlainan atau tersilap menaip e-mel anda dan mencipta akaun duplikasi secara tidak sengaja. Untuk menyelesaikan masalah ini, ikut langkah dalam “Saya memautkan akaun Netflix yang salah kepada pakej saya secara tidak sengaja”.
Jika anda mempunyai ahli tambahan pada akaun anda, kaedah pembayaran kedua anda akan terus dikenakan caj untuk slot tersebut.
Jika sebelum ini anda membayar melalui Apple dan telah memautkan akaun anda kepada pakej dengan Netflix, anda perlu membatalkan langganan Netflix anda melalui Apple untuk mengelakkan caj akan datang daripada Apple.
Jika anda terlupa maklumat log masuk Netflix anda, pergi ke netflix.com/loginhelp.
Jika anda melihat mesej “Tiada akaun ditemukan untuk alamat e-mel ini”, kemungkinan anda tersilap menaipkan e-mel anda semasa memautkan akaun anda. Untuk menyelesaikan masalah ini, cuba langkah berikut:
Jika anda mendaftar masuk ke Netflix pada kotak atas set IndiHome anda.
Lancarkan apl Netflix.
Pilih Dapatkan Bantuan untuk melihat e-mel akaun Netflix anda.
Anda boleh menukar e-mel anda pada netflix.com/account atau hubungi kami untuk bantuan.
Jika anda mendaftar masuk ke Netflix pada penyemak imbas mudah alih atau web:
Pergi ke Akaun anda.
Pilih Keselamatan untuk melihat e-mel akaun Netflix anda.
Di sini, anda boleh menukar e-mel akaun anda, jika perlu.
Jika anda masih tidak dapat mendaftar masuk:
Daftar masuk ke akaun anda pada apl mudah alih IndiHome (pastikan anda telah mendaftar keluar daripada Netflix).
Perhatian:Jika anda tidak tahu log masuk IndiHome anda, sila hubungi IndiHome untuk mendapatkan bantuan.
Pilih Urus Langganan > Netflix > Urus Netflix > Pulihkan.
Anda akan diubah hala ke halaman pendaftaran masuk dengan alamat e-mel anda dipraisi. Daripada halaman ini, anda boleh mendaftar masuk ke akaun Netflix anda dan mengemas kini alamat e-mel anda jika diperlukan.
Akaun Netflix anda mungkin dibatalkan jika:
anda memadamkan atau menjeda akaun
pakej yang dipautkan kepada akaun Netflix
langganan Netflix yang ditambahkan pada pakej anda
kami tidak menerima pembayaran daripada penyedia perkhidmatan anda
Jika anda tidak meminta pembatalan dan akaun penyedia perkhidmatan anda dalam status aktif, cuba pautkan semula akaun Netflix anda menggunakan langkah dalam "Bagaimanakah saya mengaktifkan pakej saya dengan Netflix?". Jika langkah tersebut tidak berkesan, sila hubungi penyedia perkhidmatan anda untuk menyemak status akaun anda.
Akaun anda akan ditahan jika kami tidak menerima pembayaran daripada penyedia anda. Sila hubungi penyedia anda untuk menyemak status akaun anda dan tanya soalan berikut:
Adakah kaedah pembayaran saya pada akaun adalah terkini?
Adakah saya terlewat membuat pembayaran?
Selesaikan masalah pembayaran dengan penyedia anda untuk menghapuskan penahanan akaun. Anda tidak perlu memautkan semula akaun anda kepada pakej anda.
Sila hubungi sokongan pelanggan IndiHome untuk membatalkan pakej IndiHome atau langganan Netflix anda.
Lihat "Apakah yang berlaku terhadap akaun Netflix saya jika saya membatalkan pakej saya?" untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Jika anda membatalkan Netflix atau pakej anda tetapi halaman Akaun menunjukkan bahawa pakej anda masih aktif, sila hubungi penyedia anda untuk mengesahkan waktu pembatalan akan berkuat kuasa.
Anda boleh menghubungi sokongan pelanggan IndiHome di indihome.co.id/bantuan. Pastikan anda beritahu ejen IndiHome bahawa anda mempunyai Netflix melalui pakej IndiHome anda.